Program Ai Wira Maxis – Sesi Live Modul 12 & 13 (Storytelling & Ai Challenge)
15 September 2026 | Aktiviti TerkiniProgram AI Wira Maxis bagi Sesi Live Modul 12 dan 13 bertajuk “Storytelling & AI Challenge” telah diadakan pada 14 September 2026, bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kemahiran komunikasi dan penyampaian idea dalam menghasilkan serta memperkenalkan aplikasi mudah alih berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Sesi ini turut memberi fokus kepada cara menyampaikan idea dan prototaip aplikasi dengan jelas, menarik dan mudah difahami.
Sepanjang sesi pembelajaran, peserta diberi penerangan mengenai kaedah membina penceritaan yang berkesan bagi memperkenalkan idea serta menerangkan fungsi dan kelebihan prototaip aplikasi AI yang dihasilkan. Kemahiran storytelling turut digunakan untuk membantu peserta menyusun idea dengan lebih teratur, menerangkan konsep aplikasi dan menyampaikan pembentangan secara lebih yakin serta menarik. Peserta juga didedahkan kepada kepentingan kemahiran komunikasi dalam menyediakan penyertaan yang kukuh bagi Pertandingan Vibe-Coding Wira AI Maxis 2026
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan keupayaan menyampaikan idea berkaitan teknologi AI dengan lebih berkesan. Pengetahuan yang diperoleh bukan sahaja membantu peserta menghasilkan pembentangan yang lebih tersusun, malah dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk mengetengahkan hasil ciptaan dan prototaip dalam pertandingan berkaitan AI. Program ini turut memberi peluang kepada peserta mengembangkan potensi diri dalam bidang teknologi, inovasi dan komunikasi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: